Alhamdulillah, dengan izin Allah saya berjaya berpuasa penuh walaupun walaupun sedang mengandung dan menyusu.
Bagaimana nak pastikan susu ibu mencukupi di bulan puasa?
Saya tetap juga mengepam susu sebanyak 3 kali di ofis, walau ada sebilangan rakan hanya mengepam 2 kali kerana satu sessi lagi digunakan untuk berehat (tidur di surau).
Kata mereka, "pam 3 kali pun jumlah susu tetap sama. Malah, extra dahaga & letih pula nanti".
Kata saya pula, "tak apalah jumlah oz susu sama sekalipun (samaada pam 2x atau 3x), yang penting stimulasi yang diberikan perlulah sentiasa konsisten (kerap) agar supply susu sentiasa ada."
Dapat 1 oz sekalipun (terutama sesi ketiga), syukur Alhamdulillah. Kalau boleh titisan-titisan susu yang melekat di corong pam pun saya akan cuba masukkan ke dalam botol susu. Setiap titik susu itulah yang akan menjadi minuman & makanan kepada anak nanti. Setuju kan?
Terus terang, di antara mengandung sambil berpuasa DAN menyusu sambil berpuasa, saya lebih risaukan menyusu & mengepam sambil berpuasa kerana khuatir tidak dapat mencukupkan keperluan harian bayi. Hanya ibu-ibu menyusu sahaja yang tahu, betapa berkeroncongnya perut setiap kali kita selesai menyusu dan mengepam, kan? Tak di campur lagi dengan extra dahaga berbanding individu biasa. Dan, apabila stress menyerang sebab risau tak cukup susu, menambahkan lagi kesukaran untuk membawa pulang susu perahan secukupnya.

Sedikit Tips:
- Pastikan minum banyak air kosong sepanjang malam (di antara waktu buka & sahur). Jika boleh, sediakan sebotol air di sebelah katil, agar setiap kali ibu bangun menyusukan bayi, boleh minum air yang sudah sedia ada.
- Kurangkan/ elakkan minum minuman bergas, berkafein dan air batu.
- Ambil kurma sebanyak mungkin waktu Subuh.
- Ambil makanan sumber protein & fiber (oats) agar memberi rasa kenyang lebih lama.
- Ambil suplemen sekiranya makanan yang anda ambil tidak memenuhi gizi harian yang dicadangkan, terutama untuk ibu menyusu.
Selain dari vitamin yang kami cadangkan untuk ibu menyusu, di antara suplemen WAJIB sepanjang berpuasa ialah Energizing Soy Protein (Non-GMO Soy Protein) dan juga Performance Drink, agar badan kekal terhidrat walaupun berpuasa.
Apakah kelebihan Performance Drink ini?
Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain. Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.Ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Shaklee dapat:
• Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi.
• Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul).
• Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.
*Sumber: Shaklee Malaysia
Performance Drink ini sememangnya suplemen wajib kami agar kekal bertenaga dan badan sentiasa terhidrat terutama di bulan Ramadhan (berpuasa). Bukan sahaja boleh diambil oleh ibu hamil dan menyusu, malah boleh dikongsikan seisi keluarga - suami, ibu, bapa dan anak-anak kecil yang baru belajar berpuasa.
Jom cuba Shaklee Performance Drink untuk Ramadhan kali ini, dan rasailah perbezaan berpuasa dengan pengambilan Performance Drink ini. Selamat beribadah juga! ^_^
* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.* Pertanyaan?Hubungi kami di genkimomma[@]gmail.com, atau SMS/WhatsApp ke 017-3030081 (Arnie) untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook GenkiMomma.com untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini!!!